Posts

Showing posts from April, 2019

Anak susah tidur, ibu runsing

Image
Anak kecil terutamanya bayi baru lahir selalu menghadapi masalah sukar tidur.. masa tidur pada siang hari lebih panjang menyebabkan sukar tidur pada waktu malam.. perubahan corak tidur bayi baru lahir disebabkan proses perubahan keadaan bayi dari dalam rahim ke dunia luar. Kebanyakan bayi akan berjaga malam disebabkan lapar dan lampin basah. Ibu-ibu mesti tidak dapat tidur yang cukup pada waktu malam. Keadaan ini mungkin berlanjutan sehingga bayi berumahr 1 tahun dan seterusnya. Pengalaman ibu yang membesarkan 8 orang anak, bila anak terjaga pada waktu malam, periksa lampin tukar jika basah, beri susu jika anak lapar. Selepas itu terus tidurkan anak anda, elakkan mengagah anak-anak dan ajak anak berbual. Jadi anak-anak akan mengikut kebiasaan selepas selesa dan kenyang terus tidur. Tips untuk menggalakan anak tidur lebih lena: 1) Susukan bayi sebelum tidur sehingga kenyang 2) Pastikan bayi selesa, tukar lampin jika basah 3) Pastikan bayi tiada masalah kembung perut yang boleh...